Kerjasama Frigat Type 26

Kapal Tempur Global telah direka dengan tujuan untuk pasaran eksport. Semasa dalam satu perdebatan di House of Common pada 31 Januari 2011, ia telah didedahkan bahawa Australia, Malaysia, New Zealand, dan Turki telah menunjukan minat untuk bekerjasama dalam program Kapal Tempur Global.[petikan diperlukan]

Australia

Rencana utama: Frigat kelas Hunter

Kerajaan United Kingdom dan Australia sebelumnya telah meneroka akan kemungkinan sebuah kerjasama dalam rekabentuk C1 dan C3 dalam program Penempur Permukaan Masa Depan, yang terkait rapat dengan keperluan Tentera Laut Diraja Australia untuk mengantikan frigat kelas-Anzac dengan sebuah frigat kelas baharu.[56] Dua buah negara ini kemudian menandatangani satu kerjasama pertahanan pada bulan Januari 2013 di mana Australia berjanji untuk bekerjasama dalam rekabentuk Kapal Tempur Global bagi menyiasat kesesuaiannya untuk program perolehan mereka.[57] Pada bulan April 2016, Perdana Menteri Malcolm Turnbull telah mengesahkan bahawa Kapal Tempur Global merupakan salah satu daripada tiga rekabentuk yang telah disenarai pendek untuk mengantikan frigat kelas Anzac.[58]

Pada bulan September 2016, kerajaan Australia telah menganugerahkan BAE Systems satu kontrak untuk memperbaiki rekabentuk Kapal Tempur Global Type 26 untuk Tentera Laut Diraja Australia di bawah program SEA 5000 (Frigat Masa Depan).[59] Australia telah mengeluarkan satu Permohonan Untuk Tender (RFT) bagi menyokong program ini pada akhir Mac 2017. Program ini bernilai AUD35 bilion (AS$26.25 bilion).[60] Pada 10 Ogos 2017, BAE Systems mengumumkan bahawa ia telah menghantar bidaan untuk program SEA 5000.[61] Perdana Menteri Malcolm Turnbull membuat pengumuman pada bulan Jun 2018, bahawa BAE telah memenangi kontrak dan Australia akan membina 9 buah kapal konsep Type 26 yang telah diubahsuai di Adelaide.[62]

Kanada

Semasa perdebatan di House of Commons pada 31 Januari 2011, dewan didedahkan bahawa kerajaan Kanada berminat untuk bekerjasama dalam program Kapal Tempur Global dan kedua-dua pihak di UK dan Kanada berada "perbincangan tertutup".[63] Bagaimanapun, sebuah kesatuan Kanada telah berkempen bahawa program Kapal Tempur Global akan mengancam para pembina kapal di Kanada, dan dalam satu kempen pilihanraya Mei 2011 seorang jurucakap kepada Peter MacKay, yang mana merupakan Menteri Pertahanan Kanada pada masa itu, menolak penglibatan dalam program Britain.[64] Turki juga kemudian menolak rekabentuk frigat ini pada tahun 2012 dengan alasan tidak memenuhi keperluannya.[65]

Meskipun Kanada sebelumnya menafikan kerjasama dalam program Britain, pada bulan Mei 2016 IHS Janes melaporkan bahawa Kapal Tempur Global masih merupakan salah satu pesaing untuk perolehan Penempur Permukaan Kanada.[66] Pada bulan November 2017, sebuah konsortium yang diketuai oleh Lockheed Martin telah menyerahkan "Cadangan CSC" mereka yang mana berdasarkan rekabentuk Type 26 oleh BAE Systems, bagi projek frigat masa depan untuk Tentera Laut Diraja Kanada.[67]

Pada 19 Oktober 2018, pengumumkan dibuat bahawa BAE-Lockheed Martin telah dipilih sebagai pembida 'diutamakan' dalam program Penempur Permukaan Kanada dan kerajaan Kanada akan memulakan rundingan untuk menganugerahkan satu kontrak untuk 15 buah kapal bernilai CAD$60 bilion kepada BAE dan Lockheed Martin Canada, kontraktor utama bagi program ini. Bidaan mereka berjaya mengalahkan tawaran daripada Alion Science and Technology di mana cadangan mereka adalah berdasarkan rekabentuk frigat Arahan dan Pertahanan Udara, De Zeven Provinciƫn dari Belanda dan Navantia/Saab/CEA Technologies dengan cadangan mereka berdasarkan frigat F-105 yang digunakan oleh Tentera Laut Sepanyol.[6][68]

Pada 21 November 2018, Alion Science and Technology telah memfailkan kes di Mahkamah Persekutuan dan memohon satu penilaian kehakiman di atas keputusan, dengan mendakwa bahawa pemenang bidaan adalah "tidak berupaya untuk memenuhi keperluan mandatori kritikal" dalam tender rekabentuk, termasuk keperluan halaju mandatori yang disetkan oleh Tentera Laut Diraja Kanada.[69]

Pada 27 November 2018, Tribunal Perdagangan Antarabangsa Kanada (CITT) telah mengarahkan pihak Kerajaan untuk menunda keputusan untuk memuktamadkan perjanjian pembelian kapal ini, sementara aduan dari Alion disiasat. Pada 11 Disember 2018, CITT memberi lampu hijau kepada Kerajaan untuk meneruskan anugerah kontrak kepada Lockheed, akan tetapi siasatan akan pematuhan frigat Type 26 terhadap syarat-syarat Kanada akan diteruskan.[70] Tribunal menggugurkan kes ini sepenuhnya pada bulan Februari 2019.[71]

Kontrak rekabentuk Penempur Permukaan Kanada telah ditandatangani pada 7 Februari 2019 oleh kerajaan Parti Liberal. Kontrak rekabentuk dengan konsortium Irving dan the Lockheed Martin-BAE telah dirundingkan dengan pantas, hanya mengambil masa selama tiga bulan.[72][73]

Rujukan

WikiPedia: Frigat Type 26 http://www.theaustralian.com.au/national-affairs/d... http://www.navy.gov.au/fleet/ships-boats-craft/fut... http://www.abc.net.au/news/2016-04-18/offshore-pat... http://www.navy-marine.forces.gc.ca/assets/NAVY_In... http://www.aviationweek.com/Article.aspx?id=/artic... http://www.aviationweek.com/aw/jsp_includes/articl... http://www.baesystems.com/Businesses/SurfaceShips/... http://www.baesystems.com/en-aus/article/bae-syste... http://www.baesystems.com/en-ca/article/further-su... http://www.baesystems.com/en-uk/article/550-uk-job...